Monday, 22 July 2013

Open Minded

Ramai orang memandang tinggi kepada mereka-mereka yang berfikiran terbuka atau selalunya disebut sebagai 'open minded'. Malangnya tidak ramai antara mereka betul-betul membuka minda mereka untuk memahami bagaimana konsep berfikiran terbuka itu sendiri.



Tahukah anda, masyarakat mengklasifikasikan konsep berfikiran terbuka ini lebih kepada konsep berfikiran bebas yang mana menolak unsur-unsur keagamaan dan budaya di dalam kehidupan harian? Konsep berfikiran terbuka yang ramai diantara kita fahami adalah membenarkan segala jenis kebebasan yang biasanya ditolak oleh unsur-unsur keagamaan dan kebudayaan timur. Bagi mereka-mereka yang tidak tergolong dalam golongan seperti yang disebutkan ini, mereka akan digelar sebagai orang yang berfikiran konservatif.

Daripada definisi 'open minded', disebutkan bahawa ia bermaksud - having a mind receptive to new ideas or argument (mempunyai fikiran yang berkebolehan untuk menerima idea-idea dan hujah yang baru).

Aku bersetuju jika konsep 'open minded' yang disebutkan di atas menolak kepercayaan tradisi sesuatu masyarakat dalam mengamalkan sesuatu kebiasaan atau adat yang tidak masuk akal tanpa mengetahui sebab-sebab dan asasnya. Apa yang menjadi persoalannya di sini adalah masyarakat menerima konsep 'open minded' ini bukan sekadar menolak kebiasaan itu, sahaja tetapi menerima segala unsur kebebasan moden tanpa perlu mengetahui apa risiko dan kesan-kesan yang bakal dibawa olehnya. Penerimaan konsep 'open minded' begini adalah cara yang salah dalam mentafsir makna sebenarnyanya dan ia lebih menjadikan masyarakat sebagai masyarakat yang berfikiran bebas.

Apa yang aku maksudkan sebagai berfikiran bebas di sini? Cuba anda lihat disekeliling anda, pasti anda akan dapati ada di antara rakan-rakan kita yang kelihatan cuba membudayakan dirinya dengan kehidupan moden ala-ala masyarakat barat walaupun kulitnya sawo matang dengan muka melayu tulen. Mereka tidak membataskan pergaulan mereka antara lelaki dan perempuan walaupun topik di atas ranjang kerana bagi mereka, mereka cukup dewasa untuk malu-malu berbual mengenainya.

Apa yang menjadi kerisauan kepada kita adalah, mereka tidak malu untuk menerima perkara-perkara yang haram dalam agama Islam sebagai amalan kehidupan mereka dan tidak segan untuk bercerita dan membincangkannya di hadapan rakan-rakan sekeliling. Mereka juga tidak malu untuk berpakaian yang mengghairahkan untuk mendapat perhatian orang lain. Mereka juga terus menolak unsur-unsur keagamaan dalam hal ehwal harian. Jika kita menolak amalan-amalan kebiasaan mereka, kita di katakan tidak 'open minded'.

Apa yang aku percaya adalah agama Islam itu merupakan salah satu jalan untuk seseorang berfikiran terbuka. Agama Islam menolak unsur-unsur adat dan amalan tradisi yang karut-marut yang ada di dalam masyarakat. Setiap apa yang turun melalui wahyu dan disampaikan melalui baginda S.A.W semuanya mempunyai hujah-hujah yang kukuh.

Dalam Surah Ar-Ra'd, ayat ke-3 Allah berfirman dengan maksudnya: "Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir."

Jelaslah Al-Quran itu sumber ilmu dan menggalakkan pengikutnya berfikir untuk mengenal tanda-tanda kekuasaan penciptanya. Dalam Al-Quran, telah diterangkan bagaimana cara pergaulan, bagaimana pula cara berpakaian, makanan dan cara hidup bermasyarakat.

Bagi mereka yang mengakui berfikiran terbuka ini, mereka menganggap sesiapa yang mengikut ajaran agama seolah-olah berfikiran kolot sedangkan apa-apa yang turun dari Allah itu merupakan satu kesempurnaan cara hidup untuk manusia dipandang mulia.

Bukalah fikiran kita, bentangkanlah huraian dan sebab-sebabnya kenapa satu-satu suruhan dan larangan itu di turunkan, insyaAllah kita akan dapati hikmahnya disebalik satu-satu perintah itu. Jika kita tidak mahu berfikir dan menolak segalanya, itulah dia erti sebenar berfikiran sempit dengan mengamalkan cara berfikiran bebas tanpa mahu membincangkan idea-idea dan hujah-hujan sebenar sesuatu hakikat.

Wednesday, 17 July 2013

Rindu Itu Adalah Penyakit...


Tahukah sahabat  rindu itu sebenarnya 1 penyakit...ape x percaya?...mari sini Cik Ain nak cerita...perasaan rindu itu sebenarnya lahir dari jiwa kerohaniaan kita yang mane terasa amaaaaatttttt SAKIT sekali dan memerlukan ubatnya...sama ada kita rindukan Mak Ayah...Saudara...Sahabat or Kekasih..tetapi Cik Ain percaya ramai dikalangan kita mesti rindukan Allah S.W.T.

Hah...disini Cik Ain nak buktikan yang rindu itu sebenarnya penyakit...dan setiap penyakit itu Allah telah menjanjikan penawarnya..

Caranya ialah sahabat letakan tangan kanan sahabat kat dada n tarik nafas dalam-dalam hebus nafas tu melalui mulut dan lepas tu...sahabat bacakan AL-FATIHAH dan niat semoga rindu ini sampai pada orang yang sahabat rindu dan orang itu pun turut merindui sahabat....x caya????...try sahabat buat mesti rasa lega.

Rindu itu sebenar lahir dari Rohani kita yang memerlukan makanan...tahu x sahabat makanan rohani kita ape..makanan rohani kita ialah Al-Quran...cuba sahabat fikir..kenapa lepas je kita baca Quran kita akan rasa lebih tenang...kerana apa???..kerana Rohani kita telahpun mendapat makanan...

Kalu sahabat rindukan seseorang ubatnya ialah AL-QURAN...sahabat boleh baca AL-QURAN dan mendoakan orang yang sahabat rindu itu baik-baik jew...dan semoga dia pun merindui sahabat...


Monday, 15 July 2013

Prasangka Buruk

Setiap manusia sering melakukan kesilapan...dan semua manusia tidak sempurna..prasangka buruk sering terjadi didalam kehidupan manusia....kerana perasaan cemburu..perasaan takut kehilangan.
Cik Ain sendiri mempunyai perasaan prasangka buruk pada orang...jom kita sama-sama kikis perasaan tu daripada hidup kita...

Cara Mencegah Prasangka Buruk



1. Berfikir Positif. Dengan berfikir positif, kita akan selalu dapat melihat kebaikan orang lain sehingga menghindarkan kita dari prasangka buruk. Dengan selalu melihat kebaikan orang lain, kita pun akan berteman dengan orang-orang yang baik pula.



2. Lengkapi Informasi. Sebelum menuduh seseorang, cuba berfikir kembali, apakah info yang kita dapat betul ataupun rekaan semata-mata. 

3. Perluas Pergaulan. Carilah kawan sebanyak mungkin, jangan membatasi pergaulan hanya dengan orang-orang tertentu. Dengan pergaulan yang luas dan beragam, akan terbuka pikiran dan wawasan tentang segala hal yang ada di sekitar kita. Kitapun akan lebih mudah beradaptasi dan bertoleransi dengan orang lain.

4. Perbanyak Aktiviti. Isi waktu dengan melakukan aktiviti yang bermanfaat. Ini agar tidak ada waktu yang terbuang percuma sekaligus mencegah timbulnya pikiran-pikiran negatif.

5. Tingkatkan Ibadah. Mendekatkan diri pada Allah dengan semakin meningkatkan kualiti ibadah merupakan salah satu cara yang efektif untuk menepis prasangka buruk serta membuat hati kita bersih dan tenang.

Fobia

Fobia ialah satu keadaan yang mane takut perkara berulang kembali...itulah yang berlaku dalam diri seseorang yang mane sering kehilangan orang yang mereka sayangi...tidak kiralah kekasih mahupun sahabat rapat...
sehingga sikap berhati-hati untuk menjaga perhubungan yang seterusnya adalah sikap yang boleh membuat orang rimas....perkara tersebut boleh membuatkan sesuatu hubungan itu musnah tanpa bertahan lama.

Saturday, 13 July 2013

Andai Tidak Ada Orang Sayangkan Awak




Awak..bila mata awak tersalah pilih dan orang  tak percayakan awak, pilih saya untuk memberikan sinar

Bila bibir awak bercakap bohong dan orang membenci awak, pilih saya untuk meluahkan mengapa awak berbuat demikian

Bila pergerakan awak membuatkan orang tak senang pilih saya untuk mendekati awak

Bila awak tersalah dengar dan orang memulaukan awak, pilih saya untuk menjadi teman paling rapat

Setiap orang tak sempurna awak, pilih sy untuk menyanyangi keburukan awak.."

Thursday, 11 July 2013

Andai Masa Boleh Diputarkan

Andai masa itu boleh diputarkan...saya x nak kenal awak...x nak jumpa awak...x nak sayang awak...
tapi itu semua hayalan semata-mata...hidup mesti diteruskan...setiap detik yang saya lalu sekarang adalah detik untuk berusaha lupakan awak...

Andai masa itu boleh diputarkan saya x nak menciptakan kenangan bersama awak..sesungguhnya kenangan itu amat payah untuk saya keluarkan dari hati ini...amat sukar untuk saya lupakan...amat sakit untuk dirasai
 Andai masa itu boleh diputarkan...saya x kan sayang awak sedalam ini... (V_V)

Monday, 8 July 2013

Warna Kehidupan Aku

Orange
Oren ialah satu warna yang sangat aktif dan bertenaga, walaupun 
ia tidak dapat menimbulkan keghairahan seperti warna merah ianya menggalakkan kebahagiaan, mewakili sinaran matahari dan kreativiti. Oren juga melambangkan keseronokan, cita-cita, hasrat, kejayaan, matlamat, daya kekuatan, kehangatan, kemesraan, dorongan/galakkan dan mewakili belia.

Cerita Tentang Sahabat



Kawan bila rasa ingin menangis hubungilah aku 
aku takkan suruh kau berhenti menangis 
tapi...aku akan kata"aku ingin menangis dengan kau
tapi tak leh lama sangat nanti habis air mata aku" 

Kawan jika terasa nak larikan diri jauh dari masalah yg menyelubungi 
maklumkan aku...aku takkan halang kau 
tapi... aku akan kata"berlarilah bersama aku 
untuk kau lupakan sementara masalah 
cuma jangan terlalu laju aku tak larat nak kejar kaki aku pendek." 
dan lepas itu aku juga akan kata"Kau tak boleh selamanya lari dari masalah, hadapi ia"

Kawan jika kau kecewa keluargamu tak bahagia beritahulah aku  
aku takkan minta kau benci pada keluargamu
tapi… aku akan kata"Kajilah punca kekecewaanmu, dan paling penting
terimalah segala ketentuan Allah..." 

Kawan jika kau kecewa dengan hubungan kawan kau tu satu hari nanti ceritalah pada aku 
aku takkan memburukkan dia
tapi aku akan kata"cubalah letakkan diri kau ke dalam dirinya,
dan kau akan mengerti..." 

Tetapi kawan jika suatu hari aku berdiam diri 
aku tak balas sms kau aku tak angkat panggilan dari kau 
hubungilah aku segera (kot emel ke, kot surat ke) 
sebab waktu itu aku ermmm... aku sangat perlukan kau
(dan aku malu untuk mengakuinya) atau mungkin...
aku telah kekal bersemadi diruang nan dalam dan sepi.